­

Graduan KPM boleh sambung DEGREE?

by - March 10, 2020

HAI ASSALAMUALAIKUM | SALAM SEJAHTERA

:DDDDD

Nampak tak betapa happynyaaaa nak buat entry kalini hihi kalaulah boleh letak emoji . Okay so harini akak nak cerita tentang HALA TUJU GRADUAN KPM selepas diploma. Since ada yang tanya, lepas belajar dekat KPM boleh sambung degree ke? IPTA or IPTS? Valid ke sijil KPM untuk kerja?

Okay jawapannya ialahhhhh VALID and boleh sambung degree :)) Firstly akak nak cerita kawan kawan akak, senior senior akak sebelum ni ramai dah sambung degree dekat IPTA, IPTS, and luar negara pun ada. Contoh paling ramai dekat UITM, UM, UKM, UNIKL and paaaling best dekat UNSW, Sydney.


UNSW SYDNEY AUSTRALIA


Sebab apa dorang boleh sambung degree sampai luar negara? Sebab masa amik diploma dekat Kolej Profesional Mara, pointer dorang setiap sem 3.9 and 4 flat T.T Batch akak tak sure berapa tapi rasanya dalam 10-15 orang yang dapat tawaran sambung belajar dekat sana. Tapi bukan FULL scholarship tau korang jangan salah faham. Sebab tu ramai yg dapat tawaran tapi tak semua dapat pergi. But still, masuk KPM lebih jimat and dapat benefit mcm org lain jugak after diploma. Who knows dapat lebih dari tu? Rezeki masing masing kan ^^

Untuk pekerjaan pulak, ada kawan kawan akak yang tak sambung degree so dorang pilih untuk bekerja. Ada yang dah jadi Store Manager, ada yang jawatan atas atas sikit so memang Diploma KPM ni diterima dekat luar sana. Plus dapat kelulusan MQA tau. Haa bukan senang. Tak semua universiti pass MQA ni.

So tak perlu ragu ragu dah. Memang kita ada banyak pilihan tapi kalau boleh cuba pilih mengikut apa yang kita mampu, apa yang kita rasa terbaik dan tak membebankan. Dulu akak pernah ada mindset, rasa nak masuk Universiti Awam sebab orang kenal. KPM ni dulu tak ramai tahu. Tapi kejap jelah camtu hahahaha sebab bila pikir balik buat apa kita nak pilih ikut orang kenal ke ikut famous ke. Sebab yang nak belajarnya kita bukan orang tuu.

Kalau takde rezeki masa first apply, try buat rayuan. Kalau tak dapat jugak, sangka baik dengan Allah , Allah dah susun cantik cantik perjalanan awak. InsyaAllah mesti ada sesuatu yang lebih baik dari tu. Kita tak tahu kan? So jangan cepat give up tauuu. So bawah ni akak bagi link sekali untuk korang mohon Diploma dekat KPM.




If takde rasa nak sambung dekat KPM pun, cuba je mohon okay? Rezeki Allah tu luas. Akak doakan siapa yang teringin nak masuk sini boleh dapat course yang awak nak. InsyaAllah Aamin.

Terima kasih semuaaaa. Assalamualaikum <3

p/s: Nak mintak jasa baik awak click mana mana ads atau iklan yang awak nampak dalam blog ni. Saya tolong awak, awak tolong saya pulak hehe. Thank you so much! Semoga murah rezeki 🥰 




You May Also Like

3 comments

  1. Assalamualaikum kak, saya lepasan spm 2021 result saya 5a 2b 2c 2d blh ke nk apply kpm huhu d tu chemi bio🥺

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi lepasan spm 2020 cuma preksa thun 2021 batch covid😭

      Delete
    2. Asalkan score bi dgn math je atleast credit kalau tk credit bi boleh masuk program iep yuran 150 2-3 bulan nd bila habis iep dapat elaun iep 500 as sebulan 250 duit tuh boleh guna utk sambung dip pulak yuran 150-180

      Delete