JOM Masuk Kolej Profesional MARA!
Assalamualaikum & hellooo everyone!!
Alhamdulillah. Pejam celik pejam celik, dah 9 bulan belajar dekat KPM BERANANG ni and dah SEM 3 dah pun. Dan sebab tu jugaklah semakin berhabuk blog ni. Time flies soooo fast. Baanyakk pengalaman yang saya nak kongsikan but maybe untuk next entry okayyyy. So actually nak letak gambar Kolej tapi takpe saya cuba buat lain sikit hahahaha. They are my lovely friends and i loveeee them soo much!! Since sem 1 dah rapat gila.
So firstly Aina nak cakap, tak rugi tau masuk sini. Belajar FREE, Diploma 2 tahun/2 tahun setengah, takde hutang lepas habis belajar and dapat elaun setiap bulan (tak kisah lah kita dari keluarga latar belakang macam mana pun) sebab tak payah mohon pun elaun tu. Memang akan dapat.
So firstly Aina nak cakap, tak rugi tau masuk sini. Belajar FREE, Diploma 2 tahun/2 tahun setengah, takde hutang lepas habis belajar and dapat elaun setiap bulan (tak kisah lah kita dari keluarga latar belakang macam mana pun) sebab tak payah mohon pun elaun tu. Memang akan dapat.
Okay belajar free dekat sini maksudnya, kita belajar MARA yang tanggung. Cuma yang kita kena bayar :-
- RM320 yuran pendaftaran MARA (ni bayar masa awal SEM 1 je. Masa hari pendaftaran tu jangan lupa bawak resit okay)
- Yuran muafakat
- Bawah RM50 bayaran kamsis (kamsis ni asrama. bayaran ni termasuk untuk facilities yang ade)
So bila kita total kan semua tak sampai RM500 pun tau! Duit buku pun bawah RM200 je and ada je buku yg kita takyah beli sebab boleh dapat murah dekat lect dalam RM15-RM30. Dapat murah ni maksudnya lect tu sendiri punya notes and dia compilekan dalam satu buku. Best kan! Untung sangat. Nanti dah start sem berikutnya, yuran pendaftaran MARA pun akan berubah. RM180 untuk long semester which is 4 bulan, and RM100 untuk short semester which is 2 bulan je. Means kalau bukak sem nanti short sem, so yuran pendaftaran MARA cuma RM100 je. And then bayar muafakat, kamsis, and duit buku.
Dah masuk sem 2 nanti duit buku total bawah rm100 pun adee tauuu. Lagi meningkat sem lagi sikit HAHAHA nanti korang tahu lah kenapa. Sebab ramai yang beli dari senior je boleh dapat lebih muraj. Pakai sekali jeee so better jual kan. And kalau cerita bab assignment pulak, maybe kos dia lain sikit hehe. Kadang tu course DCS or course yang banyak dekat assignment je memang banyak pakai duit la. Tapi korang jangan lah risau okay! Still kos rendah bila masuk KPM ni berbanding tempat lain.
Dah masuk sem 2 nanti duit buku total bawah rm100 pun adee tauuu. Lagi meningkat sem lagi sikit HAHAHA nanti korang tahu lah kenapa. Sebab ramai yang beli dari senior je boleh dapat lebih muraj. Pakai sekali jeee so better jual kan. And kalau cerita bab assignment pulak, maybe kos dia lain sikit hehe. Kadang tu course DCS or course yang banyak dekat assignment je memang banyak pakai duit la. Tapi korang jangan lah risau okay! Still kos rendah bila masuk KPM ni berbanding tempat lain.
Then bila dah masuk sini, kita dah dikira anak MARA dah. The best part is, habis je diploma, kita adalah GRADUAN TANPA HUTANG! Tak payah susah susah fikir nak bayar hutang lepas konvo ke apa semuaaa takdeeee. Bayangkan after diploma dah boleh terus fikir nak kerja mana, or yang baru nak amik lesen ke dah boleh terus amik. Kalau nak sambung degree ha barulah amik PT semua tu. So fikir fikirkan lah hehe.
Okay sooo KPM ni ada DIPLOMA je tau. Dekat bawah ni saya ada listkan KPM di seluruh Malaysia and course apa yang ditawarkan :)
KOLEJ PROFESIONAL MARA
1. Kolej Profesional MARA Beranang (KPMB)
2. Kolej Profesional MARA Ayer Molek (KPMAM)
3. Kolej Profesional MARA Indera Mahkota (KPMIM)
4. Kolej Profesional MARA Seri Iskandar (KPMSI)
5. Kolej Profesional MARA Bandar Penawar (KPMBP)
6. Kolej Profesional MARA Bandar Melaka (KPMBM)
Course Yang Ditawarkan Di KPM
- Diploma in Accounting (DIA)
- Diploma in Business Studies (DBS)
- Diploma in Computer Science (DCS)
- Diploma in Landscape and Horticulture (DLH)
- Diploma in Entrepreneurship (DEn)
- Diploma in Islamic Banking and Finance (DBF)
- Diploma in English Communication (DEC)
- Diploma in Computer Networking (DCN)
- Diploma in Creative Digital Media Production (DCD)
- Diploma in International Business (DIB)
- Diploma in Integrated Logistics Management (DLM)
- Diploma in Marketing (DMk)
- Diploma in Business Information Technology (DBIT)
- Diploma in Halal Industry (DHI)
- Certificate in Finance, Accounting and Business (CFAB ICAEW)
- Certified Accounting Technician (CAT)
- Intensive English Programme (IEP)
Aina amik diploma in business studies. Batch time tu (JUNE 2017) paling ramai amik DIA. DCS paling sikit sebab time tu baru dia adakan course tu dekat KPM BERANANG. Sooo DBS ni kira kedua ter famous lah kat sini. Selalu dekan pun ramaiii. Subjek dia tak susah tak senang sebab banyak yang dah belajar time SPM. Contoh macam economy, account, pastu ada selit cam perdagangan sikit. And contoh macam subjek business maths, member Aina ramai yang dapat 100% untuk test 1. Sebab yg test 1 ni, topic 1 yang masuk. Test 2, topic 2 pulak. Ha gittew.
Nak final exam nanti pun, kita akan tahu topic apa yang masuk sebab lecturer memang akan bagitahu. Cuma nak taknak je kita belajar. Tapi ingat tau, semua orang ada struggle dia, semua tempat ada struggle dia. Yang penting, KITA USAHA :)) Kalau kita sendiri yang taknak belajar, benda yang senang pun boleh jadi susah. Tapi ada je subjek yg tought cuma kena pandai pandai survive and rajin jumpa lecturer.
Nak final exam nanti pun, kita akan tahu topic apa yang masuk sebab lecturer memang akan bagitahu. Cuma nak taknak je kita belajar. Tapi ingat tau, semua orang ada struggle dia, semua tempat ada struggle dia. Yang penting, KITA USAHA :)) Kalau kita sendiri yang taknak belajar, benda yang senang pun boleh jadi susah. Tapi ada je subjek yg tought cuma kena pandai pandai survive and rajin jumpa lecturer.
SEM 1 nanti, WAJIB duduk asrama tau. Kamsis untuk perempuan kat KPM Beranang ni ada 2. Aisyah & Khadijah. Untuk lelaki ada 1, Al-Farabi. So kiranya mostly pelajar KPMB ni perempuan. Satu kelas maybe ada 8-10 orang lelaki je. Tapi sekarang Aina rasa lelaki dengan perempuan sama ramai hahahaha sebab penuh je cafe tuuu.
So, the conclusion is, moh le masuk Kolej Profesional Mara! Nanti usha je dekat Web Rasmi KPM. Kalau dah memang berminat, mohon jela terus tau! Ni link dia okayy http://apponline.mara.gov.my/upimonline/
Oh ya, for those yang still takde idea nak bawak barang/keperluan apa untuk asrama, boleh tekan link ni Barang keperluan ke asrama. Kalau korang nak share article ni boleh. Tapi jangan lupa credit blog aina okay :))
Thank you everyone! Assalamualaikum.
p/s: Nak mintak jasa baik awak click mana mana ads atau iklan yang awak nampak dalam blog ni. Saya tolong awak, awak tolong saya pulak hehe. Thank you so much! Semoga murah rezeki 🥰
62 comments
salam. boleh tak akak senaraikan semua subjek DCS?
ReplyDeletewaalaikumsalam. em akak tak sure la sebab setiap sem subjek lain lain. and satu sem tu contoh mcm sem 1 ada 5 subjek, sem 2 ada 3 subjek ke. ni contoh je tau. but kawan kawan akak ramai je yang dcs. boleh contact akak dekat ig nanti akak bagi no phone eh? 😊 ig @nreizzaty
Deletehiii, boleh tak you bg list subject for every sem? pretty please..
ReplyDeletehai sorry lambatttt reply sebab lama dah tak bukak blog ni 😭 list subject business studies ke? actually setiap batch lain lain tauu. kadang batch yg ni amik dulu, or amik lambat sikit. contoh subjek tu mcm macroeconomics, business maths, financial accounting, selling skill and banyak lagi sebenarnyaaa
DeleteSalam , hai
ReplyDeleteSemasa pengajian, duduk kamsis hingga habis ke 2nd year kena duk luar? TQ
waalaikumsalam. 1st semester wajib duduk kamsis. 2nd semester boleh je nak duduk luar. tapi kalau nak stay kamsis sampai habis pun boleh cuma persaingan sangat sengit. every sem kena kumpul merit untuk stay kamsis
Deletehi akak. selalunya boleh buat apa je kalau nak kumpul merit?
ReplyDeletehi awak, kalau nak kumpul merit, awak kena aktif dengan program yang kolej buat. contoh macam ceramah, program dekat surau, or awak boleh masuk apa apa biro/kelab untuk jawatan :)
DeleteHai kalau dapat kpm untuk second intake akan terus masuk class atau ada orientasi?
ReplyDeleteHai. Sorry for the late replies. Second intake dalam bulan yang sama ke? Kalau macam tu terus masuk class sbb dalam seminggu dua sebelum tu mesti baru habis orientasi.
DeleteAssalamualaikum akak, saya tahun ni spm and berminat nk masuk KPM. Saya nak tanya f&nhd tu apa and macam mana nak masuk. Saya spm bidang perniagaan. Thank you.
ReplyDeletewaalaikumsalam. f&hnd dah tak ditawarkan dah dekat KPM dari 2018 lagi 😅 yang akak share course kat atas tu updated punya 😊
DeleteHabis dip boleh sambung degree x kt IPTA?
ReplyDeleteBoleh sangat sangat awak :) Ramai yang belajar dekat KPM dah sambung degree. Ada dekat US MARA taja, ipts dan ipta. Akak pun tengah nak isi UPU online bulan ni hehe
DeleteHi Aina. Just nak check, quick one. Based on your or your friends' experiences, banyak tak credit transfer yg dapat masa sambung degree (ke IPTS). For example, utk DBS or any other course for that matter
DeleteSalam, akak, kalau nak amik CAT akan join sekali kan dgn program kokurikulum kt sana?
ReplyDeleteWaalaikumsalam. Yang tu akak tak pasti sbb CAT baru je ada dekat KPM and akak dah nak habis sem time tu. Sorryyyy
DeleteAssalamualaikum, saya nak tanya....mmg bahasa yg akan digunakan di kpm ni bahasa inggeris ka
ReplyDeleteWaalaikumsalam. Dekat KPM ni guna dwibahasa.
DeleteApa perbezaan antara international business studies, business studies, entrepreneurship....mcm lebih krg ja....
ReplyDeleteInternational business lebih khusus kepada isu isu semasa dan luar negara.
DeleteBusiness studies ni umum. Subjek marketing, HR, basic international business, basic accounting and semua berkaitan business akan belajar. Ada aktiviti jualan jugak.
Entrepreneurship ni usahawan. Jadi dia akan lebih kepada cara untuk seseorang tu siap sedia buat persiapan untuk jadi seorang usahawan. Contoh macam nak kena buat marketing ke, produk ke.
Harap membantu :))
akak. Saya spm 2019 amek bidang PERNIAGAAN. Saya berminat nak masuk KPM ni, boleh sy tahu tak kos ape yg sesuai untuk saya? Sy mmg berminat dengan perniagaan ni tapi sy confuse yg mne patot sy amek.
ReplyDeleteHai awak. Kalau awak minat business akak cadangkan awak amik course business studies. Sebab course ni menyeluruh. Semua berkaitan business awak belajar. Ada kena buat sales jugak nanti dengan kawan kawan.
DeleteBest laa sebab tak fokus dekat aktiviti dalam kelas je tapi boleh menjual dalam program yang kolej buat. And menjual atas talian means dekat IG shop :) Dalam 1 sem je kena menjual tu. Selalunya short sem. Business pun ada belajar marketing, organization, economy, basic account and banyak lagi.
Kira balance la membaca dan mengira.
assalam kak kenape course dcs xde dalam website erk?saya berminat dalam kos ni...boleh akk bantu?
ReplyDeleteHai Aiman. Sorry akak tak tahu pasal tu. Dekat web UPIM ada any update tak?
Deletesaya tgk dcs takde .. sy nak masuk intake sesi 3
DeleteAssalamualaikum kak...saya lepasan spm2019 berminat dengan course dip in business studies dan berniat untuk buat permohonan. Boleh akak senaraikan subjek yang akan dipelajari dalam course dip in business studies untuk sem 1? Terima kasih 😊
ReplyDeleteWaalaikumsalam. Kalau sem 1 ada belajar business maths, financial accounting 1 and lain lain akak tak ingat. Sorry 😅
DeleteAssalamualaikum kak, nak tanya kalau spm 5c 1d 1e 1g math fail layak ke masuk KPM?
ReplyDeleteWaalaikumsalam. Em dia tak credit maths dengan bi kan? Takpe insyaAllah ada rezeki awak. Kalau tak dapat try buat rayuan eh 🥰
Deletehii terima kasih for the write up!!
ReplyDeletepasal kos belajar overall akak spend berapa habiskan diploma? roughly ada sampai 3k tak? & apa maksud yuran pengajian ditanggung? (confuse sebab memang bayar setiap sem kan)
Haaii! Your welcome ❤ Pengajian ditanggung tu maksudnya fasiliti yang ada macam asrama, yuran itu yuran ini semua kerajaan tanggung. Contoh macam ni :-
DeleteU××× = Diploma Business Studies
RM18K untuk 2 tahun atau 3 tahun
KPM = Yuran MARA setiap sem RM180 atau RM100
Elaun RM300 sebulan
Nampak tak perbandingan tu? Institut pengajian lg satu tu banyak kena bayar and pakai duit?
Means bila masuk KPM majority awak tak perlu bayar. Cuma kena bayar fasiliti dalam kolej macam air coway tu je hahah.
UNTUNG KANN 😍 So belajar je rajin rajin hehe
Oh yeee actually tak sampai 2K pun akak spend. Total 2 Tahun dalam RM1200 macam tu. Sebab bayar yuran MARA je and lain lain tu ikut diploma.
DeleteKalau diploma yg kena banyak print tu dalam RM1500 kot
literally cari blog ni balik!! Answered rupanya alhamdulillah thank u
Deleteoh ya, maksudnya overall sem & nak habiskan diploma roughly rm1200 lah?? jauhnya perbandingan dgn Uxxx atas tuuu.
Akak alumni kpm tanpa hutang ya? hows everything?
seronok tau exposed to cerita kpm macam ni hehe, terima kasih!!
Yess babe! Memang akak graduan tanpa hutang hehe. Best kan!
DeleteAssalamualaikum akak , saya nak bertanya . Course in business studies dekat kpm ni ada belajar pasal HR jugak ke ?
ReplyDeleteWaalaikumsalam. Haah ada belajar HR
Deletehai akak . DIA ni ramai ke yang ambik biasanya ? setiap kolej tu selalunya lebih kurang berapa orang pelajar ?
ReplyDeleteHai. Ramai amik. Kalau semua sem semua course maybe 1200 ke atas kot tak sure
DeleteHai sis, boleh tau x apa subject dalam international business?? If you dont mind to explain..😄
ReplyDeleteHai. Em international business yang akak tahu belajar pasal isu semasa. Kena sentiasa update dengan isu semasa and banyak membaca. Subject dalam IB akak tak tahu sebab tak amik sorry 😅
Deletesalam kak,saya punya permohonan lulus,dapat DBS tapi macam tak yakin je nak terima..nak tanya kalau habis diploma boleh sambung degree dekat ipta macam uitm ke
ReplyDeleteWaalaikumsalam. Alhamdulillah. Kenala tak yakin? Ramai tau nak masuk kpm sebab habis diploma takde hutang. Lepastu dapat sambung ipta ipts mcm biasa. Cuba baca entry akak yg pasal graduan KPM tu. Akak ada explain.
Deletetak yakin dengan course business tu huhu takut bila habis dip taktau nak kerja apa.Kalau saya nak tukar course lain kena call kpm ke buat rayuan?
DeleteAssalamualaikum kak saya dapat tawaran kpm dan saya terima,boleh saya tahu peraturan pakaian kat sana memang kena pakai baju kurung sahaja ke...jubah dan blouse dibenarkan tak?
ReplyDeleteWaalaikumsalam. Dia sebenarnya ikut branch kpm tu. Dalam buku panduan ada. Macam akak dulu semua boleh pakai asalkan sopan.
DeleteSalam,, if akak tak kisah boleh tak share gambar asrama & kelas kat kpm beranang?
ReplyDeleteHai,awak dpt kpm beranang ke? Kalau dpt, kita geng heheh 🤩
DeleteWaalaikumsalam. Akak takde amik gambar sangat kelas and asrama semua. Semua mesti ada muka akak kawan kawan akak hahaha. Tapi dekat official blok KPM Beranang ada.
DeleteHi sis, kalau kt kpm ni kalau ada muet pihak kolej yang uruskan ke ?& course computer networking apa benefit dia? Tq...
ReplyDeleteHi. Haah nak amik muet dekat kolej je tak perlu susah susah nak amik kat luar. Emm yang course tu akak tak tahu sangat sebenarnya sorry sebab akak amik business studies.
Deletehi , nak tanya dekat kpm beranang boleh pakai shawl tak ?
ReplyDeleteHai, boleh je
DeleteAssalamualaikum.. Adik.. Nak tnya ank saya dpt KPM course Icaew..matrik pun dpt.. Skrang dia dah berbelah bagi x tahu nak kemana.. Boleh bg pandangan.. Dan course Icaew ni OK ke..?
ReplyDeleteKak yg yg masuk KPM Ni klw dpt CGPA 3.75+ masa diploma tu, then Masa degree dapat sambung Kat luar negara ke?
ReplyDeleteAsslam akak nak tnya kat mara ni ada latihan industri tak?
ReplyDeleteAssalam kak, do you get to pick which kpm yg akak nak pegi?
ReplyDeletehai akk kalau saya apply perakaunan senang x dapat adakah permintaan tinggi
ReplyDeletekpm ade hantar student oversea ke?? how dia punya ways untk further oversea after kpm??
ReplyDeletekalau dcs ade further degree dkt overseas yg ditaja by mara ke?
ReplyDeleteAssalamualaikum akak saya berminat nak masuk kpm ni..tapi math saya fail mcm mana ye..bi BM sej sains pi credit
ReplyDeletewhat if im took sastera in secondary so can i apply business studies course ?
ReplyDelete