Pengalaman & Testimoni Selepas Menggunakan MARY KAY
Ya Allah lama betul ni tak update. Bila tengok balik setahun sekali je buat entry hahahaha. 2 bulan je lagi nak dekat tahun 2020. So ni kira first entry untuk 2019 la hehe. Sorryyy lama sangat tak update :(
Okay so untuk entry kalini Aina nak share tentang Pengalaman & Testimoni selepas menggunakan Mary Kay. Yasss, Testimoni Saya Sendiri! Hihi. So sebelum ni, memang suka tukar tukar produk and boleh dikatakan pengguna tegar local product. Local product ni Aina pakai masa form 4 and form 5. Masa form 3 ada pakai Cetaphil kejap and Aina ada buat entry pasal ni. Memang dah okay sikit la time tu sebab dulu rajin jugak buat mask putih telur, kadang campur dengan madu tapi dulu laa hahahaha. Kalau tak memang always adeee je nak tumbuh jerawat nanah kat hidung ni. Sebab tu bila muka dah okay, kita pun nak lagi okay so terjebak la dengan macam macam product. Masa mula mula pakai memang flawless tapi bila stop je and campur dengan sunburn semua tuuu makaaa jadilahh ini
Aina letak terus before & after so that korang boleh compare. Gambar 2016 tu actually memang lepas kawad. Dengan panas terik semua tu so camni la result dia. Scars, darkspot, sunburn :( muka memang rasa kasar je time tu. Aina jarang tumbuh jerawat taaapii sentiasa ada bintik hitam. So macam mana Aina boleh terjebak dengan MARY KAY ni? Yes, because of my mom. She is one of Mary Kay Beauty Consultant. Mama yang recommend product ni and mama marah sangat kalau tak stop tukar tukar product. Btw local product semua okay je kalau takde bahan terlarang and merkuri yang boleh menipiskan kulit tu :( Dalam pertengahan 2017, that time baru masuk KPM BERANANG, so mama bagi try pakai skincare Mary Kay ni. Ni set yang aina mula mula pakai. Mary Kay Botanical Effects for Normal Skin.
Oh ye Mary Kay ni International Product tau. Nanti Aina akan buat entry jugak untuk bagi info tentang mary kay. So gambar yang atas tu, set tu pakai 6 bulan. Habis je set yang tu terus upgrade pakai set ni.
Yang ni Mary Kay Botanical Effects Evolution. Set ni laaa yang Aina pakai sampai sekarang. Sangat sangat best and smooth! Almost 2.5 years laa dah pakai Mary Kay ni. Serius tak menyesal langsung! Sebab result lepas pakai Mary Kay ni memang puas hati sangat sangat tau. Walaupun kesan dia tak secepat 4-7 hari je dah flawless, Mary Kay ni lebih selamat sebab takde merkuri and bahan bahan yang boleh merosakkan kulit. It takes yearsss nak dapat kulit yang diidamkan :') Memang kalau pakai Mary kay ni kena sabar je takleh baru 5 hari pakai tak jadi apa apa terus claim tak jadi. So sekarang Aina nak tunjuk gambar lagi and korang boleh buat comparation from 2017 until now
Start guna Mary Kay May 2017, and sorryy ada gambar september terus je tapi korang boleh tengok gambar before Aina yang awal awal tadi tuu. 2018, Alhamdulillah kulit Aina dah makin sihat and dah tak kasar macam duluu. And now 2019, Alhamdulillah it gets better. Gambar 2019 tu Aina just pakai toner, moisturizer and sunscreen je tau! Then pakai bedak mary kay sikit and lipstick je bagi taknak nampak pucat hehe. Memang selalu pakai camni je unless kalau nak keluar pegi mall tu baru makeup.
So yaa ni lah pengalaman & testimoni saya sendiri selepas menggunakan Mary Kay. It all takes time and patience. Kena sabar and sentiasa motivasikan diri. And now, i am Mary Kay Beauty Consultant too! Sedara mara and kawan kawan pun selalu beli mask, foundation and skincare sebab nak kulit cantik and sihat jugak hihi. Kalau korang nak tengok baaanyak lagi testimoni mary kay and semua pasal mary kay, korang boleh visit ig NREIZZATY. Aina ada update semua kat situ. If berminat nak cuba pakai Mary Kay and nak dapatkan FREE skin consultation, boleh contact dekat link yang Aina share kat ig NREIZZATY ni okie!
Saya pakai, saya suka, saya jual! SANGAT RECOMMENDED!
Thank youuu koranggg sudi baca and thank you for your timeeee. Maaf kalau entry ni panjang sangat huhu.
Love,
Nur Aina Izzati
Your Mary Kay Beauty Consultant
0 comments