NUR AINA IZZATI

TODAY IS YOUR OPPORTUNITY TO BUILD THE TOMORROW YOU WANT

instagram facebook youtube
  • Home
  • About
  • contact
  • top posts
    • kolej profesional mara
    • list barang ke asrama
  • Shop

 HAI ASSALAMUALAIKUM | SALAM SEJAHTERA

 

Hehe apa khabar semua? Sihat? As expected memang jarang nau nak update entry ni hahahaha. So sekarang ni aina tengah rajin nak buat new entry berkaitan dengannn MARY KAY!

Okay first bila dengar je Mary Kay ni mesti ramai yang kata Mary Kay mahal kan? Betul ke Mary Kay mahal ni? Sebenarnya siapa yang pernah pakai mary kay mesti akan cakap produk Mary Kay jimat and berbaloi tau! Selalunya yang pernah kata mahal, masih belum pernah pakai produk Mary Kay lagi. Ha korang belum cuba lagi kenapa dah kata mahal :(

Jom aina nak share dengan semua betapa jimatnya produk Mary Kay ni okay! 



• Produk Mary Kay tahan 4 BULAN sehingga 1 TAHUN penggunaan •



Maksudnya dekat sini, skincare atau makeup mary kay kalau kita beli, dia akan habis dalam masa 4 bulan and paling best ada yang setahun baru habis. Tapi harga bawah RM80 weh ya Allah JIMATNYA! Cuba korang kira 80 tu bahagi 12 BULAN. Mana datang mahalnya 😭❤ Sebagai contoh aina bagi Cleanser Mary Kay Botanical Effects. Harga RM6X tahan penggunaan 4 BULAN. Kalau nak beli combo Cleanser + Moisturiser RM14X. Lebih kurang je kan dengan produk lain? Ada yang lagi mahal tau RM200 berapa ml je tapi sebulan dua dah habis. So choose wisely ❤

Bawah ni antara testimoni BEST SELLER Botanical Effects Skincare Mary Kay. Sendiri pakai sendiri jual. Aina pun tak berani ye nak jual produk yang aina tak pakai dan belum tentu tahu keberkesanannya.


Ni testimoni aina sendiri dah 3 Tahun pakai Mary Kay. Bawah ni testimoni other Satisfied Mary Kay Customer!








Contoh lain lagi macam CC Cream Mary Kay yang ada SPF with Broad Spectrum. Broad Spectrum ni dia melindungi kulit kita daripada sinaran UVA dan UVB tau. Kalau SPF sahaja tak cukup! Banyak lambakan produk yang cuma ada SPF sahaja. So dia tak cover kulit kita sepenuhnya and still boleh dapat aging. Korang mesti taknak kan kulit korang nampak lebih tua dari usia? 

Bawah ni aina share testimoni CC CREAM from Mary Kay. Cc cream ni sunscreen tau dia bukan sekadar makeup sahaja. Tapi skincare! Aina selalu pakai daily tak tinggal pun. Satu tube setahun tahan okayy JIMAT SANGAT 😭❤





YASS memang ada glowing effect cc cream niii dia tak rasa heavy macam pakai foundation. Pakai cc cream ni rasa macam tak pakai apa apa pun kat muka ringan jeeee ❤

So nasihat aina, as Mary Kay Beauty Consultant, pilihlah produk yang terbaik dan bagus seperti Mary Kay sebab Mary Kay ni TOP 5 GLOBAL SKINCARE. Dan TOP 3 COLOR COSMETIC jugakk woww sangat!! Siapa yang tengah survey nak cari skincare tu boleh risik risik dengan aina dulu. Kita boleh consult skin, aina boleh share pasal skincare dan banyak lagi. Jom aina bantu 😍 

Berminat nak cuba produk Mary Kay boleh DM aina dekat instagram @nreizzaty tau. Aina nak bagi special price for my new customer hehe. Jangan ragu ragu! 


p/s: Nak mintak jasa baik awak click mana mana ads atau iklan yang awak nampak dalam blog ni. Saya tolong awak, awak tolong saya pulak hehe. Thank you so much! Semoga murah rezeki 🥰 




Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
HAI ASSALAMUALAIKUM | SALAM SEJAHTERA



Nak tanya berkaitan dengan KPM?
Diploma atau Degree?

CHOP!! 

Saya tak boleh jawab jaminan awak dapat KPM atau tak :') And subjek yang akan belajar pun ikut KPM tu dia nak letak sem berapa semua. Susah atau senang, mana mana U or kolej pun ada struggle dia. 

But its okay apa yang saya boleh tolong saya tolong insyaAllah :))

Im sorry just penat kena jawab soalan yang actually boleh google and soalan yang jawapan dia memang awak dah baca and dah ada dekat entry. Please help me too T.T

Atau kalau nak email apa apa pun boleh. Saya ada share link dekat bawah ni so nanti tekan je mana mana. Thank you! Assalamualaikum.


Ketik ini Instagram : @nreizzaty

Ketik ini juga Email : meknaa99@gmail.com




Share
Tweet
Pin
Share
No comments
HAI ASSALAMUALAIKUM | SALAM SEJAHTERA

:DDDDD

Nampak tak betapa happynyaaaa nak buat entry kalini hihi kalaulah boleh letak emoji . Okay so harini akak nak cerita tentang HALA TUJU GRADUAN KPM selepas diploma. Since ada yang tanya, lepas belajar dekat KPM boleh sambung degree ke? IPTA or IPTS? Valid ke sijil KPM untuk kerja?

Okay jawapannya ialahhhhh VALID and boleh sambung degree :)) Firstly akak nak cerita kawan kawan akak, senior senior akak sebelum ni ramai dah sambung degree dekat IPTA, IPTS, and luar negara pun ada. Contoh paling ramai dekat UITM, UM, UKM, UNIKL and paaaling best dekat UNSW, Sydney.


UNSW SYDNEY AUSTRALIA


Sebab apa dorang boleh sambung degree sampai luar negara? Sebab masa amik diploma dekat Kolej Profesional Mara, pointer dorang setiap sem 3.9 and 4 flat T.T Batch akak tak sure berapa tapi rasanya dalam 10-15 orang yang dapat tawaran sambung belajar dekat sana. Tapi bukan FULL scholarship tau korang jangan salah faham. Sebab tu ramai yg dapat tawaran tapi tak semua dapat pergi. But still, masuk KPM lebih jimat and dapat benefit mcm org lain jugak after diploma. Who knows dapat lebih dari tu? Rezeki masing masing kan ^^

Untuk pekerjaan pulak, ada kawan kawan akak yang tak sambung degree so dorang pilih untuk bekerja. Ada yang dah jadi Store Manager, ada yang jawatan atas atas sikit so memang Diploma KPM ni diterima dekat luar sana. Plus dapat kelulusan MQA tau. Haa bukan senang. Tak semua universiti pass MQA ni.

So tak perlu ragu ragu dah. Memang kita ada banyak pilihan tapi kalau boleh cuba pilih mengikut apa yang kita mampu, apa yang kita rasa terbaik dan tak membebankan. Dulu akak pernah ada mindset, rasa nak masuk Universiti Awam sebab orang kenal. KPM ni dulu tak ramai tahu. Tapi kejap jelah camtu hahahaha sebab bila pikir balik buat apa kita nak pilih ikut orang kenal ke ikut famous ke. Sebab yang nak belajarnya kita bukan orang tuu.

Kalau takde rezeki masa first apply, try buat rayuan. Kalau tak dapat jugak, sangka baik dengan Allah , Allah dah susun cantik cantik perjalanan awak. InsyaAllah mesti ada sesuatu yang lebih baik dari tu. Kita tak tahu kan? So jangan cepat give up tauuu. So bawah ni akak bagi link sekali untuk korang mohon Diploma dekat KPM.


PERMOHONAN ONLINE KEMASUKAN KE KPM


If takde rasa nak sambung dekat KPM pun, cuba je mohon okay? Rezeki Allah tu luas. Akak doakan siapa yang teringin nak masuk sini boleh dapat course yang awak nak. InsyaAllah Aamin.

Terima kasih semuaaaa. Assalamualaikum <3

p/s: Nak mintak jasa baik awak click mana mana ads atau iklan yang awak nampak dalam blog ni. Saya tolong awak, awak tolong saya pulak hehe. Thank you so much! Semoga murah rezeki 🥰 




Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah, FINALLY, IM GRADUATED! <3

Yes, im a Diploma holder in Diploma Business Studies from Kolej Profesional MARA Beranang. After all of the struggles, the ups and downs and finally im here. Ya Allah happy sangat sangat. Dapat diploma, dapat penghargaan, diploma pun 2 tahun atau 2 tahun setengah je and yang paling saya bersyukur sangat sangat, saya adalah Graduan Bebas Hutang!

All of the students from KPM dapat semua benefits ni. Happy tak kalau habis je diploma, awak dah tak perlu fikir nak bayar hutang study semua tu? Tak payah fikir nak tolak itu ini. Mestilah happy kan! Sebab tak semua boleh dapat peluang tu. Tapi sebenarnya semua orang boleh mohon untuk dapatkan peluang keemasan ni. Apply je online. Kalau awak terfikir nak amik diploma dekat Universiti Awam ke tak kisahla mana mana. Sementara tunggu UPU tu apply je. Tak salah. Ada rezeki insyaAllah boleh.

Okay so Hari Konvokesyen IPMA untuk sidang 1 ni diadakan pada 29 February 2020 di MAEPS, Serdang. Ada lebih daripada 1000 graduan MARA yang hadir untuk dapatkan penghargaan ni. Meriah diknonnn ramai gila yang datang. Total untuk 3 sidang adalah 6000 graduan MARA huyoo. Ni belum masuk tetamu tauu haa boleh bayang tak berapa ramainya manusia hahahaha.

So sampai sampai tu dalam pukul 7 pagi. 7.30 pagi untuk perarakan then 8 pagi baru masuk dewan. Masa tengah beratur ramai ramai dalam dewan C tu jumpa laa kawan kawan kolej yang dah lamaaa tak jumpaa and rinduuu T.T I almost cried masa peluk dorang semua. All of my friends are soooo pwetty with that jubah konvokesyen and terharu sebab finally we did it!!


Some of my collegemate <3 Incomplete 6/12

Masa dalam dewan tak bergambar sangat sebab banyak boomerang and video je hahahaha. Dekat highlight IG banyak boleh tengok kalau nak hehe.

FINALLY WE DID IT!! ♡♡

Sooo tu je kot untuk entry kalini. Next entry akak akan cerita the benefits and kemana haluan dan arah tuju graduan KPM selepas diploma insyaAllah. Thank youu everyone. Assalamualaikum.


p/s: Nak mintak jasa baik awak click mana mana ads atau iklan yang awak nampak dalam blog ni. Saya tolong awak, awak tolong saya pulak hehe. Thank you so much! Semoga murah rezeki 🥰 
Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Assalamualaikum & Hello dearies 🦋

Ya Allah lama betul ni tak update. Bila tengok balik setahun sekali je buat entry hahahaha. 2 bulan je lagi nak dekat tahun 2020. So ni kira first entry untuk 2019 la hehe. Sorryyy lama sangat tak update :(

Okay so untuk entry kalini Aina nak share tentang Pengalaman & Testimoni selepas menggunakan Mary Kay. Yasss, Testimoni Saya Sendiri! Hihi. So sebelum ni, memang suka tukar tukar produk and boleh dikatakan pengguna tegar local product. Local product ni Aina pakai masa form 4 and form 5. Masa form 3 ada pakai Cetaphil kejap and Aina ada buat entry pasal ni. Memang dah okay sikit la time tu sebab dulu rajin jugak buat mask putih telur, kadang campur dengan madu tapi dulu laa hahahaha. Kalau tak memang always adeee je nak tumbuh jerawat nanah kat hidung ni. Sebab tu bila muka dah okay, kita pun nak lagi okay so terjebak la dengan macam macam product. Masa mula mula pakai memang flawless tapi bila stop je and campur dengan sunburn semua tuuu makaaa jadilahh ini
Share
Tweet
Pin
Share
No comments


Assalamualaikum & hellooo everyone!!

Alhamdulillah. Pejam celik pejam celik, dah 9 bulan belajar dekat KPM BERANANG ni and dah SEM 3 dah pun. Dan sebab tu jugaklah semakin berhabuk blog ni. Time flies soooo fast. Baanyakk pengalaman yang saya nak kongsikan but maybe untuk next entry okayyyy. So actually nak letak gambar Kolej tapi takpe saya cuba buat lain sikit hahahaha. They are my lovely friends and i loveeee them soo much!! Since sem 1 dah rapat gila.

So firstly Aina nak cakap, tak rugi tau masuk sini. Belajar FREE, Diploma 2 tahun/2 tahun setengah, takde hutang lepas habis belajar and dapat elaun setiap bulan (tak kisah lah kita dari keluarga latar belakang macam mana pun) sebab tak payah mohon pun elaun tu. Memang akan dapat.

Okay belajar free dekat sini maksudnya, kita belajar MARA yang tanggung. Cuma yang kita kena bayar :-

  • RM320 yuran pendaftaran MARA (ni bayar masa awal SEM 1 je. Masa hari pendaftaran tu jangan lupa bawak resit okay)
  • Yuran muafakat
  • Bawah RM50 bayaran kamsis (kamsis ni asrama. bayaran ni termasuk untuk facilities yang ade)

So bila kita total kan semua tak sampai RM500 pun tau! Duit buku pun bawah RM200 je and ada je buku yg kita takyah beli sebab boleh dapat murah dekat lect dalam RM15-RM30. Dapat murah ni maksudnya lect tu sendiri punya notes and dia compilekan dalam satu buku. Best kan! Untung sangat. Nanti dah start sem berikutnya, yuran pendaftaran MARA pun akan berubah. RM180 untuk long semester which is 4 bulan, and RM100 untuk short semester which is 2 bulan je. Means kalau bukak sem nanti short sem, so yuran pendaftaran MARA cuma RM100 je. And then bayar muafakat, kamsis, and duit buku.

Dah masuk sem 2 nanti duit buku total bawah rm100 pun adee tauuu. Lagi meningkat sem lagi sikit HAHAHA nanti korang tahu lah kenapa. Sebab ramai yang beli dari senior je boleh dapat lebih muraj. Pakai sekali jeee so better jual kan. And kalau cerita bab assignment pulak, maybe kos dia lain sikit hehe. Kadang tu course DCS or course yang banyak dekat assignment je memang banyak pakai duit la. Tapi korang jangan lah risau okay! Still kos rendah bila masuk KPM ni berbanding tempat lain.

Then bila dah masuk sini, kita dah dikira anak MARA dah. The best part is, habis je diploma, kita adalah GRADUAN TANPA HUTANG! Tak payah susah susah fikir nak bayar hutang lepas konvo ke apa semuaaa takdeeee. Bayangkan after diploma dah boleh terus fikir nak kerja mana, or yang baru nak amik lesen ke dah boleh terus amik. Kalau nak sambung degree ha barulah amik PT semua tu. So fikir fikirkan lah hehe.



Okay sooo KPM ni ada DIPLOMA je tau. Dekat bawah ni saya ada listkan KPM di seluruh Malaysia and course apa yang ditawarkan :)


       KOLEJ PROFESIONAL MARA

      1. Kolej Profesional MARA Beranang (KPMB)
2. Kolej Profesional MARA Ayer Molek (KPMAM)
3. Kolej Profesional MARA Indera Mahkota (KPMIM)
4. Kolej Profesional MARA Seri Iskandar (KPMSI)
5. Kolej Profesional MARA Bandar Penawar (KPMBP)
6. Kolej Profesional MARA Bandar Melaka (KPMBM)


Course Yang Ditawarkan Di KPM


  1.       Diploma in Accounting (DIA)
  2.       Diploma in Business Studies (DBS)
  3.       Diploma in Computer Science (DCS)
  4.       Diploma in Landscape and Horticulture (DLH)
  5.       Diploma in Entrepreneurship (DEn)
  6.       Diploma in Islamic Banking and Finance (DBF)
  7.       Diploma in English Communication (DEC)
  8.       Diploma in Computer Networking (DCN)
  9.       Diploma in Creative Digital Media Production (DCD)
  10.       Diploma in International Business (DIB)
  11.       Diploma in Integrated Logistics Management (DLM)
  12.       Diploma in Marketing (DMk)
  13.       Diploma in Business Information Technology (DBIT)
  14.       Diploma in Halal Industry (DHI)
  15.       Certificate in Finance, Accounting and Business (CFAB ICAEW)
  16.       Certified Accounting Technician (CAT)
  17.       Intensive English Programme (IEP)




Aina amik diploma in business studies. Batch time tu (JUNE 2017) paling ramai amik DIA. DCS paling sikit sebab time tu baru dia adakan course tu dekat KPM BERANANG. Sooo DBS ni kira kedua ter famous lah kat sini. Selalu dekan pun ramaiii. Subjek dia tak susah tak senang sebab banyak yang dah belajar time SPM. Contoh macam economy, account, pastu ada selit cam perdagangan sikit. And contoh macam subjek business maths, member Aina ramai yang dapat 100% untuk test 1. Sebab yg test 1 ni, topic 1 yang masuk. Test 2, topic 2 pulak. Ha gittew.

Nak final exam nanti pun, kita akan tahu topic apa yang masuk sebab lecturer memang akan bagitahu. Cuma nak taknak je kita belajar. Tapi ingat tau, semua orang ada struggle dia, semua tempat ada struggle dia. Yang penting, KITA USAHA :)) Kalau kita sendiri yang taknak belajar, benda yang senang pun boleh jadi susah. Tapi ada je subjek yg tought cuma kena pandai pandai survive and rajin jumpa lecturer.

SEM 1 nanti, WAJIB duduk asrama tau. Kamsis untuk perempuan kat KPM Beranang ni ada 2. Aisyah & Khadijah. Untuk lelaki ada 1, Al-Farabi. So kiranya mostly pelajar KPMB ni perempuan. Satu kelas maybe ada 8-10 orang lelaki je. Tapi sekarang Aina rasa lelaki dengan perempuan sama ramai hahahaha sebab penuh je cafe tuuu.

So, the conclusion is, moh le masuk Kolej Profesional Mara! Nanti usha je dekat Web Rasmi KPM. Kalau dah memang berminat, mohon jela terus tau! Ni link dia okayy http://apponline.mara.gov.my/upimonline/

Oh ya, for those yang still takde idea nak bawak barang/keperluan apa untuk asrama, boleh tekan link ni Barang keperluan ke asrama. Kalau korang nak share article ni boleh. Tapi jangan lupa credit blog aina okay :))

Thank you everyone! Assalamualaikum.

p/s: Nak mintak jasa baik awak click mana mana ads atau iklan yang awak nampak dalam blog ni. Saya tolong awak, awak tolong saya pulak hehe. Thank you so much! Semoga murah rezeki 🥰 
Share
Tweet
Pin
Share
62 comments

Hai, Assalamualaikum!

As expected, memang akan banyak gap dari satu entry ke satu entry sebab jarang gilaaaaa update blog. But its okayy even dalam 6 bulan jugak lah tak jengah blog aku ni haaa. So memandangkan sekarang pun dah pertengahan bulan May, mesti ramai student lepasan SPM yang dah tak sabar nak masuk U kan? And mostly, ramai yang tengah sambung form 6 sementara tunggu UPU. Tapi aku maybe dah confirm kot nak masuk KPM Beranang sebab dapat course yg aku memang nakkkk sangat *Yeayy*

Eh okay okay back to our topic hehe. Since there are some people yg keep asking akak2 and abang2 dekat twitter about "what to bring to IPT", aku akan listkan barang2 yang perlu dibawa. Btw sorry aku tak ingat amik ni dari mana sebab masa jumpa tu aku terus salin dalam buku notaaa. So credit to the owner lah okie!

PALING WAJIB TAU!
  • Surat Tawaran
  • Gambar berukuran passport dalam 10 keping
  • Dokumen-dokumen penting
Share
Tweet
Pin
Share
22 comments
Yeayyyyy!! ALHAMDULILLAH SPM2016 dah habis! Hehe btw assalamualaikum semua!

Nak bagitahu ni, sebenarnya yang baru habis spm tu aliran aku je HAHA. Sebab 30 november memang paper ekonomi yang last. So, student ict, akaun semua tu tak habis lagi #Bertabahlah

SPM 2016 ni sebenarnya habis 6 disember. So goodluck yg masih ada paper lagi dan teruskan perjuangan! Jangan putus asa okay!

Salam Ukhuwah dari saya, Nur Aina Izzati dari SMK (P) RAJA ZARINA mewakili kelas 5 Etiksfornia!


Gambar Google Je Gais



Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Haiii Assalamualaikum semua!


Haa nampak tak title yg iklan gitu gitu tu. Seriously satu hari dua entry aku ni. By the way, malam ni aku nak share produk yang sangat sangat sangat bagus untuk merawat kulit. See? SANGAT je pun sampai 3 kali. So kena percaya kat aku lah. Trust me! Sebab apa yang aku nak review ni, dia memang dermatologist recommended. 100% memang SELAMAT. Takda bahan merkuri, hidrokuinin, bahan kimia berbahaya bagai bagai semua tu. Yang bestnya, cetaphil ni untuk semua jenis kulit tau. Kulit sensitif ke, berminyak ke, kulit kering ke, semua boleh pakai. EVERY AGE, EVERY STAGE, EVERY DAY. Haa gittew.


Ni yang aku pakai. Dah 6 bulan camtu.
Share
Tweet
Pin
Share
No comments


Haii Assalamualaikum semua!


Okay actually blog ni dah lama sangat aku buat tapi tak bersentuh langsung. Maybe masa form 2  kot entahla aku tak ingat sangat. So dalam blog ni nanti maybe ada la aku buat review or testimoni produk yang aku pakai sendiri, or cerita tentang pengalaman belajar aku ke hehe insyaAllah

Harap boleh la tolong akak akak, abang abang takpun adik adik yang tengah memikir cemana nak cari produk yang sesuai untuk kulit, yang suka research pasal produk tu bahaya ke tak, ada kelulusan kkm ke tak kan. And nanti boleh la tahu study dekat situ okay ke kat sini okay ke hahaha. Ada masa nanti aku update okay. Tapi harini rasa macam nak share sikit la gambar gambar drawing dari http://weheartit.com/ yang ada kaitan dengan beauty and fashion. Let's take a look!
















Nak save pun boleh je tau! hihi byeeee guys & girls keep flawless ya!

Share
Tweet
Pin
Share
No comments

About me

Nur Aina Izzati, 21, Mary Kay Beauty Consultant & Ex-Student MARA Profesional College Beranang

Let's Be Friends

  • instagram
  • youtube
  • facebook
  • bloglovin
  • pinterest

Labels

  • Asrama
  • College
  • KPM Beranang
  • Mary Kay
  • SPM
  • Skincare
  • Testimoni

Blog Archive

  • ▼  2020 (4)
    • ▼  July 2020 (1)
      • Produk Mary Kay MAHAL?
    • ►  March 2020 (3)
  • ►  2019 (1)
    • ►  October 2019 (1)
  • ►  2018 (1)
    • ►  February 2018 (1)
  • ►  2017 (1)
    • ►  May 2017 (1)
  • ►  2016 (1)
    • ►  November 2016 (1)
  • ►  2015 (2)
    • ►  July 2015 (2)

Live Traffic Feed

Traffic Counter

Total Pageviews

Created with by BeautyTemplates